In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

May 31, 2008

When he Speaks....

Lokasi : Pejabat
Waktu : 12:04pm
Mood Semasa : Sorting

Dialog di bawah adalah mengenai Ustaz Kecik saya...

Jumaat, 30/5/08
"Ada adik cakap apa-apa dengan kakak...?" tanya mama
"Ada...dia cakap dia boring...kenapa ma?" balas saya
"Takde...malam tadi, tiba-tiba adik bisik ngan mama...kata dia boring..." jawab mama
"Lagi..?" tanya aku kembali
"Adik boring laa ma..adik rasa macam nak duduk kat Mekah..sana tak boring..." mama ajuk cara adik bercakap.
"....." saya hanya mampu tersenyum.

*******************************************************
Selasa, 13/5/08
(hari keputusan sambungan pengajian diumumkan)

"Adik, agak-agak akak dapat tak sambung belaja...?" tanya saya

"Ntah...tak kot.." jawab adik selamba
"Huh..? Cakap aa bebetul dik..dapat ke tak...?" tanya saya lagi
"Kalau tak dapat pun takpa..." jawab adik penuh selamba
" Kenapa..? Akak belaja dekat sini jugak laa..siang akak keje...malam akak belaja..tusyen macam adik juga...kita belaja sama-sama eh.." terang saya.
"Ooo...dekat sini je..ok, kakak dapat...adik ingatkan kakak nak pergi jauh mcm dulu..." jawab adik
"Taklah...dekat je...abih tu..kakak takleh belaja jauh-jauh laa ni.?" tanya saya lagi.
"Tak...tapi..kalau kakak nak belaja dekat Mekah ke Madinah ke..boleh la.." jawab adik
" Kenapa plak...? Tu kan lagi jauh..." balas saya
" Memang la...tapi adik nak ikut..." jawab adik
Saya terpana & tersenyum...

Adik oh Adik...~ :)
What can I say more....InsyaAllah...may our dreams come true one day ya dik.. ;)

Dekorasi & Renovasi

Lokasi : Pejabat
Waktu : 10:46am
Mood Semasa : Planning

Salam,

Entry ke 3 untuk rumah baru ni. Semalam, atau lebih tepat malam tadi...selesai sudah kerja-kerja mendekorasi dan mengrenovasi rumah baru ni. Tak banyak kerja pun, cumanya "memindahkan" barang-barang lama ke rumah baru. Mudah saja kan..? Jimat "kos" dan tenaga...(hehehe...)

Ikutkan ini kali ke-empat saya tukar ke blog baru. Dan kali kedua masih memilih "
pemaju" yang sama iaitu Blogspot. Mungkin kerana saya selesa dengan "perkhidmatan" yang diberikan. Dan setakat ini servicenya pun agak memuaskan. Mana tau, mungkin satu hari nanti saya akan terpikat dengan "pemaju" daripada Wordpress pula kan..? ;)

Sekiranya malam tadi saya mendekorasi rumah baru ni, tadi sebentar tadi sekitar jam 9-10am di pejabat...saya mengemaskinikan susunatur di pejabat ni. Asbabnya, bos saya tidak berada di dalam pejabat sama dengan saya kerana katanya ada urusan yang perlu diselesaikan di tingkat atas. Oh, Alhamdulillah...saya berseorangan di pejabat. Mudah untuk melakukan kerja-kerja susun atur. Dan hasilnya...selesai sudah. :)

Hari ini, bercadang-cadang mahu membawa ustaz kecik saya (baca : adik) untuk berjalan-jalan atau mungkin makan-makan. Kasihan dia sebabnya sepanjang cuti sekolah ni, kena duduk di rumah temankan acik. Tapi acik dan balik semalam. Kami menghantarnya ke Sentul kerana pakcik (baca : suaminya) telah pun keluar ward semalam (Alhamdulillah). Dan sebagai membalas jasa baik ustaz kecik, saya dan mama bercadang mahu membawanya bersiar-siar. Tidak mungkin untuk membeli belah kerana kami perlu berjimat memandangkan minggu hadapan juga kami (InsyaAllah) akan ke Terengganu untuk menghadiri walimaturus sahabat sepejabat mama. Dan kemungkinan besar (InsyaAllah) kami akan tinggal di rumah Umi di sana untuk satu malam mungkin...


~ Memori Tercipta~
Kak Norsiah, Kak Azita, Me, Umi, Adik & Mama
120408,Jabal Uhud

Dan dengan kesempatan ini, tidak lupa untuk saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Abg Syah & Kak Husna (31 Mei 2008). Saya doakan semoga kalian berbahagia selalu, dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat barakah daripadaNya...amin~ (Maaf, saya tidak dapat memenuhi undangan kalian atas faktor jarak dan masa...mohon ampun ya..)

-wasalam-


Idaman Qalbu (re-posting)

....Lelaki Idaman Saya….
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa dahagakan akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah rasa takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan
Tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangganya
Yang akan mendidik isterinya dan anak-anaknya mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh dengan kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
Yang hidupnya di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh dengan kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidupnya di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

……jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra….
…..andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali karamalluwajha….


Salam,

Secara tidak semena-mena, tanpa disuruh mahupun dipaksa secara langsung ataupun tidak langsung, kalbu ini terpanggil...untuk kembali menggamit tulisan-tulisan lama, zaman muda remaja gitu kan...ketika masih mentah dalam dunia pemblogan (mcm resakse gorgon bunyiknya).

Puncanya, kerana semalam..adalah seorang kakak ini, bertanyakan kepada saya...bagaimanakah ciri-ciri lelaki idaman saya...ohh, sudah lama orang tidak bertanyakan soalan itu kepada saya..jadi menjadi sedikit bercelaru ketika hendak memberikan jawapan yang pasti...mujurlah hanya di alam maya...jika secara langsung..pastinya kakak itu akan terpegun melihat muka saya yang terpana dengan soalan itu (hehehe..)

Saya rasa saya telah memberikan jawapan yang agak ringkas semalam...dan pagi tadi, saya mendapat 'ilham' untuk kembali merujuk satu puisi yang pernah menjadi ' inspirasi' kepada saya..dan teman-teman..(hehehe..) ya, agak lama juga saya mengabaikan puisi ini...namun, seperti terpanggil untuk kembali menghiasi blog baru ini... ;)

Jadi dengan harapan..jika ada yang membaca...doakanlah yang terbaik untuk penulis blog ini ya...dan sama-samalah kita mendoakn yang terbaik untuk diri sendiri.. ;)

Kepada cik tropical jingga...tade apa pun nak ckp...sendiri mau faham...(huhuhu..)

Sekian. Wasalam

ps: teringat ada satu sms dari seorang kenalan (kenalan?) yg berbentuk sebuah doa... " InsyaAllah, kami doakan semoga kamu bertemu suami yang soleh, taat ibadah saya SAYANG sama kamu ya.." oh then, baru saya realize...selama ni saya tertinggal word "Sayang" dlm doa...no wonder laa kan..(hehe..)

May 30, 2008

Salam

Lokasi : Bilik Sendiri
Waktu : 12:58am
Mood Semasa : Sejuk

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah difikir-fikir, ditimbang kira...akhirnya saya sekali lagi telah berpindah "rumah" cuma kali ini tidak jauh dari "rumah lama". Hanya berjiran sahaja...entry-entry "rumah lama" masih lagi di situ..masih lagi buat tatapan umum... ;)

Cumanya saya mengharapkan pehijrahan ke "rumah baru" ini bakal membawa seribu kebaikan untuk saya sendiri mahupun mereka yang membaca blog saya ini.

Oleh yang demikian..dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...dengan izin Allah..saya merasmikan sendiri Blog Baru ini...aminn~

Jika mahukan cerita-cerita lama saya..sila kunjungi "Rumah Lama"

Selamat Datang... :)